Selasa, 9 November 2010

Tah apa-apa ja....

Hari ni aku tak tahu nak menulis apa dalam blogku ini. Pagi tadi aku dah masukkan semua gambar aktiviti-aktivit masyarakat kampongku dari kanak2, kaum ibu dan ajkku semua gambar dah aku masukkan.

Sahabatku Jumaat Dakir dan Jiaan ada di srs malam semalam dia sms aku untuk turun ke srs jam 9.45 malam. Terbaca jam 3.25 pagi , aku keluarlah juga , ke jalan sempang Pt Senah tak da orang aku patah balik. Macam tak selesa ja....

Malam ni aku kena ke Yong Peng anakku nak jumpa Dr. Mokhtar selsema dan tak selesa. Malam semalam aku ke Melaka membeli peralatan keperluan anakku di JAYACO.sampai rumah aku kepenatan aku tidur awal.

Keadaan kampongku agak semak di kiri kanan jalan aku dan ajk bercadang untuk mensewastakan kerja2 potong rumput kepada ajk yang berminat. Dah aku offer pada Jumaat tapi dia macam tak sanggup , jadi aku kena cari orang lain untuk memotong rumput di kiri dan kanan bahu jalan secara manual bulanan. Sebanyak RM 100.00 sebulan dari simpang masjid hingga ke Perpustakaan Desa. Dari simpang Pt Senah hingga rumah Rahmad.

Perkara ini telah saya maklumkan kepada ajk semasa perjumpaan di rumah setiausaha encik Nasir Saridi tempoh hari. Kerana kampong kita tangungjawab kita.

Jumpa lagi.........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan