Malam tadi jam 10.13 malam saudara Jumaat datang rumah borak-borak denganku cerita perkembangan terbaru tentang kampung.Urusan surau berjalan lancar . Sambil berborak aku dengan dia cerita tentang kisah-kisah lama masa kecil ,maklumlah aku dengan dia di besarkan di tempat yang sama , mana tempat aku berkubang di parit di situ juga lah rakan-rakanku ada.
Masa tahun 1970an emak bapa kami kerja menoreh getah , jadi tiada alasan nak bermalas-malas , jadi kami kena menoreh membantu mereka . Buar getah keping , lenyek dan mesen dah jadi kemahiran kami kerana kerja rutin.Berbeza remaja sekarang atau anak sekarang ibu bapa berkerja kilang tiada apa yang nak di bantu olehnya.
Masa beredar aku , aku terlupa nak keluarkan menu mee hailam yang telah tersedia. Kebetulan akmal dan iwan lalu kami ajak sama makan dan minum. Jam 12.45 pagi kami beredar sebab dah larut malam sangat.
Apa-apa pun borak-borak cara santai di kampong lagi mengeratkan silatul rahim sesama jiran tetangga .....
Jumpa lagi.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan