Malam tadi jam 9.45 malam Rozihan pemotong rumput rumahku menalifon yang dia telah siapkan kerja-kerja potong dan pembersihan rumput di sekeliling rumahku dan kawasan futsal. Beliau maklumkan jika tidak puashati bagitahu dia apa yang perlu di perbaiki lagi.
Untuk makluman pembaca semua keadaan rumah dan kampung yang bersih adalah salah satu identiti yang aku terapkan dalam diriku sendiri dan kepada semua ajk dan penduduk kampungku agar senantiasa bersih dan kemas. Walaupun rumah kita buruk dan nampak usang jika bersih ini menandakan identiti penghuninya itu berjiwa tenang , bersih hati dan ikhlas.
Amatilah sunah dan hadis yang menitik beratkan kebersihan umat islam dalam kehidupan seharian. Ini sebagai petanda dan peringatan bahawa kebersihan diri adalah keutamaan dalam islam . Penampilan yang kemas dan bersih serta segak bukan lah berlagak dan bongkak ,tetapi ialah satu peningkatan harga diri seseorang yang telah berilmu.
Banyak kemudahan yang di sediakan oleh kerajaan pusat dan negeri khasnya UMNO dan Barisan Nasional kemudahan di hujung jari . Sebut apa saja kemudahan yang tuan puan perlukan di kampung Parit Senah ini , Perpustakaan Desa menyediakan banyak buku dan makalah serta apa jua info yang di perlukan.
Hendak layari internit ? Ada di sediakan bawa sahaja , note book wi fii lagi , buku masakkan ada , motivasi ajensi jabatan ada , kuliah agama ada , sebut dan cadang ja.. pasti kami ajk-ajk JKKK , Surau , Perpustakaan Desa dan Peladang akan usahakan penceramah yang mampu mengubah anda semua.
Seperkara lagi bab kebersihan dan kesucian kahasnya diri dan iman hendaklah seiringan senantiasa dan selaras setiap masa.Sebagai perumpamaan yang mudah jika kita , berkata jangan ambil hak orang kita juga hendaklah melaksanakan apa yang di lafas, jangan kata lain buat lain. Kesannya adalah pada diri sendiri bak kata orang sekarang DUNIA BALAS DUNIA...... Ingatlah .....khasnya pada diriku sendiri......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan