Setiausaha surau Encik Nasir bin Saridi telah memanggil ajk melalui surat pekelililg bahawa mesyuarat akan diadakan pada ketetapan berikut:
Tarikh: 31.10.2010.
Masa: 09.30 malam.
Tempat: Balai Raya / Belia Parit Senah.
Penghususan adalah membincangkan majlis Tahsim yang akan diadakan pada 1.11.2010. Untuk makluman tahsim adalah satu majlis ilmu yang di kendalikan oleh jabatan agama Batu Pahat melaui pegawainya yang di jalankan setiap bulan di setiap surau yang terlibat dalam sesuatu DUN.Pegawai yang hadir adalah , Pengerak Masjid dan Surau DUN Parit Yaani Zon Timur Tuan Haji Said bin Sarjo dan Guru Al-Quran Daerah Batu Pahat yang merupakan Johan Qari Kebangsaan dan Johan Antarabangsa iaitu Tuan Haji Saleh bin Saidi.
Selepas itu majlis penerangan rengkas AIM iaitu Amanah Ikhtiar Malaysia daerah Batu Pahat di hadiri oleh pegawainya encik Khairul dan Encik Norhisham bin Abd Ghani.
Selepas solat asar peserta kelas tahsim seramai 80 orang dan tetamu di jamu dengan makanan nasi putih berlauk ayam kari , ikan kering , urap dan lainnya. Majlis di tamatkan jam 5.00 petang.
Terima kasih kepada semua ajk yang terlibat pada petang tu antaranya dari pagi encik Jumaat Dakir , puan Salina Yakop yang sanggup pagi2 jam 6.50 pagi kepasar besar Jalan Ibrahim Batu Pahat untuk mencari bahan masakan yang segar semata2 supaya hidangan benar2 menyelerakan tetamu.
Kepada Alpian , Tumiri , Abd Salam , Yusnita , Arbayah , Asmah , emak aku Sarjiah , Salmah , Mahat , Norizam , Keliwon dan Pak Naib Saleh .
Kepada ajk yang terlibat dalam mengindahkan surau sepanjang tiga malam yang lau bermula dari jam 10.00 malam higga jejak jam 5.00 pagi di ucapkan jutaan terima kasih khasnya kepada Jumaat , Alpian , Rosli Suratmin , Tumiri , Norzihan , Mahaat , yang baliknya berhujan-hujan pagi tu .
Akhirnya semua ajk dan kariah berpuashati diatas perubahan yang telah di jalankan oleh ajk baru demi perubahan landskap surau kerah kebersihan dan keceriaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan