Isnin, 1 November 2010

PERJALANAN AKTIVITI SURAU 2010.

14.10. 2010.PERKARA:-
Mesyuarat Agung Surau Sesi 2011 higga 2013.

21.10.2010.PERKARA:-

Tuan Imam memklumkan bahawa majlis tahsim akan diadakan pada 1.11.2010 tuan imam memaklumkan bahawa surau kita di pilih menjadi tuan rumah majlis ilmu pada tahun ini seperti gilirannya. Seterusnya mesyuarat dijalankan bagi membincangkan pengesiannya dan malam tu membincangkan . Pertama Menu utamanya adalah nasi putih berlauk kari ayam dan berlauk urap atas permitaan dan cadangan otai kta imam dan bang Kadis.

25.10.2010.PERKARA:-

Membeli bahan cat surau dll bersama Jumaat dan Alpian di Tongkang Pecah .

26.10.2010. dan 27 .10. 2010.PERKARA :-

Malam jam 10.45 malam hingga jam 5.30 pagi , aku , Jumaat , Alpian , Rosli Suratmin , Jiaan , Tomiri mengecat dalaman surau dengan warna hijau dan kuning.

28.10.2010.PERKARA:-
Petang aku , Jumaat dan Jiaan membeli pokok bunga hiasan dan batu landskap di pekan Pt Yaani untuk menerima tetamu luar kerana ada majlis Tahsim. Apa pun semua berjalan lancar.

31.10.2010.Tengahhari - Ajk surau menghadiri majlis membudayakan kesenian di dewan tertutup Pasir Gudang.Aku membawa seramai 40 orang ahli dan ajk surau serta perpustakaan desa dengan sebuah bas yag di sewa khas bersama sahabatku encik Elyas Ismail dari Setiausaha Majlis Kebudayaan .Malamnya kami mesyuarat ajk surau.di balai belia Pt Senah.

Jam 11.45. malam sambung kerja pasang dan kemas karpet surau untuk majlis tahshim pada 1.11.2010. Balik Jam 2.45 pagi. Semoga kami di lindungi allah dan kesejahteraan sentiasa dan kami di kalangan ajk sentiasa bersatu hati memajukan kampong halaman tercinta dan surau kami dengan tema:-

>" KEBERSIHAN DAN KECERIAAN ADALAH IMEJ PARIT SENAH "

Tiada ulasan:

Catat Ulasan